Monday, November 30, 2009

cuti-cuti raya....

salam aidiladha tuk suma....

alhamdulillah smalam aku dah berada di teratak aku sendiri selepas dekat2 seminggu kat kg....cuti..cuti..cuti...kalau ikutkan aku lagik lama rasanya nak lepak2 kat kg, tapi..aku je yang cuti...hehehe..kimi pun ada tuisyen mula hari ni..so, nak taknak kenalah balik...

sebenarnya sepanjang cuti kali ni banyak gak peristiwa..yang dijangka + tak dijangka.. macam2 adaaa....meh citer perkara tak dijangka dulu k.. actually masa cuti raya hari tu makcik saudara aku (belah ayah) buat majlis kenduri kahwin anak dia..emm..biasalah ek, bila dah berkumpul2 ni... jumpalah ramai orang. dalam ramai2 orang yang aku jumpa tu... aku terjumpa kawan yang dah hampir 13 tahun takjumpa..ops,, lepas abis sekolah mmg tak jumpa langsung dia ni... yuzita nama
ee... macam jejak kasih la plak.. tapi dia ni antara kawan2 yang mmg terlost contact..



ni plak gambar sekitar majlis...tak dapat amik gambar pengantik coz bateri abis la plak... aduh...:) :)gambar2 ni ngan sepupu sepapat yang susah nak jumpa kalau takde majlis2 camni...hehehe











then, peristiwa kedua...yang ni jangka ke idak ek...emm.. dua2 pun lehlah... kali ni jumpa sepupu yang mmg jarang dapat jumpa. dia duk serawak, ikut suami dia bertugas kat sana.. so, agak jarang dapat berjumpa... kali ni terjumpa. masa kecik2, orang ingat aku ngan dia ni kembar...heheh...nama dia best, rabiatuladawiyah tapi panggil ayung je,,,



haa....peristiwa kali ni mmg dijangka..tapi tak plan pun... masa lepak2 kat umah 1st raya hari tu..tetiba adik aku izal bagi idea...jom g genting....nak amik angin sejuk katanya.. mula2 plannya cuma dia n wife dia n adik bongsu aku je yg nak g...tetiba suma plak nak ikut... so, jadik family agenda la plak..so, kitaorang bertolak dalam kul 2, sempat singgah umah wan sedara dulu, sempat singgah nilai dulu..then baru
gerak ke genting...gerak dalam kul 5 petang...ish..ish... giler punya plan ek.. sampai je kat genting dalam kul 6.30 petang... jalan2 n beli tiket tuk outdoor game, main2 then turun balik kul 10.00 malam... sampai umah kul 12.30 malam..hehehe.. mmg plan giler..but suma orang happy...:) :)





















No comments: