Monday, March 10, 2014

Pray for MH370


Minggu ni Malaysia dikejutkan oleh satu trajedi yang masih tiada jawapan... kehilangan pesawat MH370. Dah masuk hari ke 4, tetapi tiada sebarang petunjuk diperolehi tuk mengesan dimana hilangnya pesawat tersebut. Pelbagai usaha nampaknya dijalankan tetapi masih menemui jalan buntu. nampaknya seluruh malaysia berdukacita ngan trajedi ini. pelbagai spekulasi juga timbul.. masing2 nak mengeluarkan kenyataan dan idea masing2... yang pasti semua spekulasi tu masih tidak terjawab kesahihannya.

aku as malaysian pun sangat2 berharap pesawat tersebut dapat dijumpai secepat mungkin... x kira apa keadaan nya sekali pun. as muslim kita patut terima segala qada' dan qadar allah... semua yang berlaku ada hikmahnya... hanya allah yang maha mengetahui segala sesuatu... sama2 lah kita berdoa tuk mh 370...

Reunion Semenda Batch '96


Hari ni nak story mory pasal reunion semenda batch '96. detailnya seperti di bawah (cam formal lak...)

Tarikh : 1 Mac 2014
Masa : 8.30 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Pantai Purnama, Port Dickson
Tema : Merah


Alhamduillah, program yang dirancang hampir 2 bulan kot berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Actually reunion ni diadakan tuk bekas2 murid SEK Men Datuk Abdullah (SEMENDA) Astana Raja, batch SPM 96. Setelah hampir 20 tahun tak berjumpa... riuh dan gamat jadiknya... macam2 citer rasanya kuar. walaupun tak ramai yg dapat join atas kekangan tertentu. Insyallah lain kali leh buat lagik. Jom tengok gambar sekitar majlis....


Tuesday, March 4, 2014


Kejapnya masa berlalu..pejam celik dah abis seminggu. Kadang2 kesibukan buatkan kita tak sedar masa berlalu... emmm lately ni cuaca panas sungguh. rasanya dah lama tak hujan. sampai kan negeri selangor dah umumkan pencatuan air berjadual, negeri sembilan masih ok lagik rasanya.. tapi cuaca yang cam ni mmg buat senang dapat penyakit. batuk..selsema ...demam.. so skang ni sedang control anak2 supaya kurangkan xtvt luar. tapi budak2 bukannya paham pun.. bagi diaorg main kat luar tu wajib.. seronok katanya.. bukannya dipk kan jerebu dan sebagainya.. alahai anak mama.. hope taklah memudaratkan...

emm...tu pasal anak2.. ni nak citer skit pasal anak2 didik plak.. nak tunjuk beberapa gambar yang sempat diambik masa ngaja. seronok sebenarnya bila ngk budak2 ni happy ngan apa yg kita plan tuk diaorg... meh ngk gambar..



ni actually gambar masa kelas BM tahun 3. ngaja kata nama khas bukan manusia.. contohnya sang arnab..sang kancil.. so suh la diorg buat topeng haiwan ni... baru enjoy skit ek...