Saturday, August 29, 2009

SSQS

salam..

aduh...pepagi lagik aku telah digegarkan oleh panggilan keje...heheh..sapa? sedang lena diulit mimpi tepon plak bising berbunyi...rupa2nya aku dapat msg dari salah sorang cikgu kat sekolah aku....mengingatkan aku tarikh tutup bagi pengisian ssqs adalah hari ni. ops....sorry cikgu usop, den lupo amat2. so, bingkas la aku bangun n settlekan benda tu....

ssqs?....Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Portal ini dibangunkan bertujuan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi pemantauan yang akan digunakan di sekolah bagi membolehkan pihak Kementerian Pelajaran, khususnya di Bahagian Teknologi Pendidikan mendapatkan maklumat terkini berkaitan ICT di sekolah.

haa....gitulah gamaknya. so dah settle la kiranya keje aku. Skang ni aku rasa pening kepala la plak...maybe coz bangun tergesa-gesa tadi agaknya...aduh...wajib kena sambung tido balik ni...alasannnn.... hehehehe...so cikgu usop...kojo den dah siap...


Friday, August 28, 2009

Vaksin Influenza....

salam...

hari bermula ngan hujan rahmat yang membuatkan aku rasa malasnya nak bangun awal...sejuk + ngantuk menguasai...tapi apa kan daya...aku dah janji ngan guru besar nak datang sekolah nak settlekan akaun tuk bulan 8. emm...memandangkan sekolah aku still lom ada kerani so, aku pun tolang apa yang termampu aku buatla...so, g sekolah tadi sempat gak settlekan cash book tuk bulan 8 for akaun kerajaan n akaun suwa...

balik dari sekolah, lepas sembahyang jumaat aku, kimi, hubby n adik aku ct terus bergegas ke hospital tampin. Aduh.....dlam minggu ni je 2 kali aku berulang tampin - sri kembangan. kali ni pasal vaksin influenza plak...actually adik lelaki aku yang keje kat situ dah daftarkan nama2 kitaorag sebagai penerima vaksin influenza. emm...vaksin ni bukanlah vaksin H1N1, but vaksin yang diguna pakai sebelum vaksin sebenar sampai. vaksin ni sebenarnya vaksin influenza yang sesuai tuk SAR, bird flu n adik beradiknya laa... actually as precaution la kiranya... kira2nya fungsinya
sama la cam tamiflu tu...

alhamdulillah kimi tak buat perangai masa amik injection. Tapi dia taknak nurse yang buat...dia nak pak ngah dia gak yang cucuk...hehehe..cam2 anak aku tu. So, bila pak ngah dia yg cucuk, dia diam. gud boy kimi.....for izal n sofea tq very much atas info tentang pendamik yg membuatkan orang panik skang ni..







tak sah kalau berkumpul kalau tak amik gambar kan...tak kiralah walau dimana pun kan... tuk vaksin ni family aku sumanya amik, so jumpalah mak + ayah + adik2 aku kat hospital...makanya..... picturing.... hehehehe... tetiba izal kata...wei, kat hospital mana leh amik gambar... hehehe...ya ampun....

Thursday, August 27, 2009

Tamiflu Vs Kimi

salam....

dalam tak sedar dah masuk hari ke 6 berpuasa.... penat?...takdela sangat rasanya. cuaca pun seakan menyokong. mana idaknya...asal petang je hujan...lega skit....taklah panas sangat ek....alhamdulillah..

haa...ni nak citer satu story yang menyanyat hati...hehehe....ye ke?..camni, mula dari sabtu lepas aku n kimi balik umah mak ayah aku @ rembau...kira balik kg sempena cuti sekolah...(pada hal setiap minggu balik..hehehe). So selepas bersuka ria kat kg, selasa aku pun baliklah ke rumah aku @ sri kembangan ni...nak dijadikkan citer masa kat kg tu kimi dah mula demam cuma aku bagi ubat demam...malam selasa tu tetiba badan kimi panas...panas yg dalam istilah panas sampai dia meracau2...aduh...risau sungguh2 aku. lagi plak dia selsema teruk sampai block hidung..so susah la nak bernafas kan...pagi rabunya aku pun tak lengah terus bawak dia g klinik kat area umah aku tu... dari pengamatan dr tu...dia kata dia suggest anak aku amik antiviral tamiflu..coz ada simpton2 H1N1. Hah?...apa lagik gelabah la aku time tu.. kimi plak tak renti2 nangis n ckp dia sakit kepala...Dr kat klinik tu kata dia takde stok tamiflu syrup..yg ada hanya tablet yang sure kimi takkan makan kalau aku beli pun.. so, apa lagik...penyelamat harus di call...sapa?..heheh...dr sofea a.k.a adik ipar aku. Klinik dia pun takde tamiflu syrup..aduh....tapi dia mengusahakan antiviral tu tuk didapatkan kat hopital tampin tempat adik aku keje...

apa lagik bila sofea kata g jumpa adik aku (merangkap husband sofea)@ hospital tampin n stok tamiflu syrup tu ada....aku pun bergegas la drive dari sri kembangan ke hospital tampin. tapi sebelum tu sempat lagik aku bagi supp (ubat buntut) kat kimi tuk buat demam dia ok...bukan aku taknak g klinik kerajaan area umah...but faham2 je la...tak larat nak tunggu 4-5 jam. sampai tampin, terus jumpa dr. Dan time tu demam kimi dah ok...alahai...apa citer?....Dr yg check kimi tu pun cam tak berapa sure samaada nak bagi ke tak tamiflu tu kat kimi coz demam dia dah ok kan...lung pun clear...pening aku. tapi dr tu buat decision tuk bagi gak...emm...

balik umah aku pun berpk2 sama ada nak bagi ke idak tamiflu tu kat kimi coz ubat tu ada side effect. antara side effectnya...pening, muntah2 dan yg teruk sekali halusinasi. Dibuatnya kimi berckp sorang2 kang...naya.. hehehe..tapi bila ngk2 kan kimi dia cam ok je...so, aku menangguhkan pemberian ubat tu sehingga hari ni. Tapi alhamdulillah aku ngk kimi ok je. Dan simptom2 H1N1 tu nampaknya takde...so....tu la dia naluri ataupun kerisauan seorang ibu...bila anak demam suma jadik tak betul...hopefully kimi akan sihat cam biasa....

hari ni bila kimi dah ok aku sempat kuar shopping barang2 dapur ngan sorang kawan aku yg duk area umah aku ni. k.shad...dia ni baru je pindah area umah aku n tak berapa nak familiar ngan jalan2 kat sini. Kitaorang sempat g giant kinrara....penat gak berjalan bulan2 pose ni ek...





Kalau ngk anak k.shad tu....cam lebih besar dari kimi ek..tapi umurnya baru je 5 tahun. kalah kimi yg 6 tahun tu....hehehe..

Wednesday, August 19, 2009

Hari penat sedunia...

Salam....

Emm...macam tajuk kat atas tu....hari ni mmg hari penat sungguh2 bagi aku. Yelah..kalau ikutkan keje apa yang tak penat kan....makan pun penat. hehehe. Hari ni sebenarnya lepas abis waktu sekolah ada taklimat oleh GB. Ingatkan taklimat semata...tapi rupa2nya macam2 meeting ada...all in 1. Aduh...aku paling tak suka duduk lama2 dalam bilik meeting. Dari badan sihat leh jadik sakit jadiknya.. Bayangkan meeting tu dari kul 1 hingga lebih kurang kul 4 baru abis...mmg la ada stop..tapi otak tak leh nak stop dari berpk...aduh...bila meeting cam2 keje barulah dapat...

dalam meeting tadi, diaorang plan nak buat potluck besok...aduh...pk lagik..pk nak masak apa...bila nak beli barang...dahlah aku ni tahap pemulihan bila bab2 masak memasak ni... emm...apa ek nak masak...poning palo den...

time2 camni la rasa rindu sangat zaman2 blaja dulu...zaman masa kat u dulu...mana idaknya, hidup enjoy je rasanya...g kelas...balik kelas tido.....makan....tido... hehehehe.apa la aku ni ek...


haa...ni ada satu citer...masa kat sekolah dulu aku agak aktif benarnya ngan geng GPMS. adalah beberapa program diaorang aku ikut dan antaranya panjat gunung ledang. masa tu aku form 5 rasanya. nak dijadikkan citer, aku terjumpa semula ngan salah sorang abg fasilitator masa tu...abg ni rupa2nya dah jadik MT GPMS selangor. still berjuang...alhamdulillah...demi anak melayu... emm melalui blog dia, aku jumpa lah satu gambar aku masa join diaorang panjat gunung ledang...hehhe..cam tak kenal plak aku kat muka aku yg sememe tu.. hahahaha...



sapa leh teka mana satu aku... heheheheh

Monday, August 17, 2009

Kenangan....

salam...

Cam biasa...hari ni bz seperti hari2 sebelumnya. Sejak ngaja kat sekolah ni rasanya masa bekerja tu full sensangat...tak sempat rasanya nak ngula..hehehhe..Hari ni ada pelancaran mengibarkan jalur gemilang peringkat sekolah. Dan disebabkan aku ketua panitia PSK dan KT, so menjadik t/jawab aku menyelaras program tu. alhamdulillah program berjalan lancar walaupun taklah se'grand' mana. Yang penting objektif tercapai. Dan yang lagik penting murid2 aku yang comel2 tu paham erti merdeka dan maha pentingnya perpaduan...

Emm...sejak dua tiga hari ni aku jumpa satu blog kawan lama. Actually blog yang aku ikut ni blog cikgu bad, seorang lecturer kat kolej Uniti. Aku dulu 5 tahun ngaja kat kolej uniti. Nampaknya melalui blog dia, banyak info pasal kolej yang aku dapat. macam2 perubahan dah berlaku.... Bagi aku kolej ni cukup istimewa. Ni lah tempat pertama aku bekerja as lecturer. Kolej ni banyak mengajar aku tentang hidup, erti persahabatan dan disinilah aku bina kareer sebagai pengajar. ops...banyak suka duka aku kat sini sebenarnya. Tetiba aku rasa rindu sangat ngan environment kolej. rindu ngan bayu laut. rindu ngan ketenangan persekitarannya. Rindunya nak ngaja budak2 besar... emm... pendek kata rindulah ngan suma yang ada kat kolej ni.. (ops..kalau k.nani baca ni mesti nak termuntah2...)ops..k.nani tu salah sorang kawan merangkap lecturer yang paling havoc kat sana. bagi sesapa yang mencarik tempat tuk belajar, aku mmg suggest kolej ni.


ni kampus pasir panjang....








dan ini plak kampus baru iaitu kampus tanjung agas...aku pun tak berapa nak sure samaada dah beroperasi atau belum....



Saturday, August 15, 2009

Suprise....

salam...

emm...happy b'day 2 u...happy b'day 2 u..happy b'day to me...happy b;day to me..hehehe..nyanyi sendiri la gamaknya.. ops...dah tua la rasanya. emm...setahun lagik umur ku dah meningkat. dah masuk angka 3 la....


Actually dari semalam sebenarnya aku dah tau yang murid kelas aku (aku guru kelas tahun 2)nak buat suprise party kat aku.. tu pun disebabkan k.yati (cikgu HEM) yang bagi tau. Sebenarnya sekolah aku tak benarkan murid2 buat party2 yang bukan2 kat sekolah. So sapa2 yang berhasrat nak buat party kena jumpa cikgu HEM (yang garang) tuk mintak kebenaran.. berani plak budak2 aku tu mintak kebenaran. siap mintak cikgu yati rahsiakan dari aku...hehehe....

apapun, pagi tadi aku pun buat2 suprise la kan...sian kat bebudak tu buat suprise kat aku. terharu pun ada...ye la budak tahun 2 dah pandai rancang buat suprise tuk cikgu.. apa yang diaorang bawak?..emm..hadiah dah tentula kan...kek, kuih, air, nuget...so, sian plak takde makanan berat...aku pun orderkan bihun goreng + air tuk diaorang...apapun tq very much...i'm really appreciate it....terharu beb..

meh ngk gambar2....













Wednesday, August 12, 2009

Bidan Terjun....

salam...

selama 2 hari aku menerjunkan diri sebagai bidan..hehehe..apa tah aku ngarut ni. actually isnin dan selasa aku kena g satu bengkel yang sememangnya takde kaitan ngan keje aku sebagai cikgi ni.. bengkel patskom. bengkel ni actually bengkel tuk kerani kewangan sekolah (pembantu tadbir). Nak dijadikkan citer sekolah aku buat masa skang takde kerani. Dan nak dijadikkan citer plak..aku kan degree akaun, so GB pun suh aku tuk g. at least aku ada background account katanya. taklah nganga bila g..hehehe...Dan seperti sangkaan, suma yang hadir ialah kerani dan akulah satu2nya cikgu yg g. Bengkel ni berkisar tentang cara meng key in data kewangan kedalam program khas kewangan...emm..oklah.. lagikpun sekolah aku sekolah kecik. So akaunnya takde la rencam sangat... apapun aku blaja satu lagik ilmu baru...alhamdulillah...


H1N1....risau pun ada gak pasal pendamik ni..yelah, aku yang terlibat secara langsung ngan bebudak ni risau je kalau ngk anak2 murid aku demam. Berulang kali aku ckp kat diorang kalau demam jangan datang sekolah. Tapi kenkadang aku pun tak paham coz ada je mak ayah bebudak tu yang still hantar anak diaorang walaupun demam..apapun setakat ni sekolah aku masih clear dari sebarang jangkitan. dan harap2 takdelah sebarang jangkitan berlaku. kalau berlaku panjang citernya nanti..sian kat bebudak yang nak amik xm UPSR...

emm...ni gambar sekitar pesta flora @ putrajaya yang sempat aku g ahad lepas...








Sunday, August 9, 2009

Kenduri majlis Hana...

salam...

cam biasa bila weekend datang....ada je agenda aku. hehehhe..minggu ni pun cam biasa. pack ngan agenda.. sabtu (smalam) aku sempat menjengahkan diri ke majlis kenduri kawan lama masa kat sekolah dulu. Emm...rasanya ada yang kenal kot. Dia ni dulu penah masuk pencarian gadis olay (tv3), masuk final ngan fifi tu..tapi dia dapat no2 laa..namanya Hana.Skang ni dengar citer dia keje ngan astro plak. Kenduri kat Felda Villa @ jalan semarak...kenduri kawin selebriti la gamaknya..so, ramailah selebriti yang hadir.. anak aku plak banyak sangat soklan ditanya, mama...betul ke yg kawin ni kawan mama,,,,cam artis laa...hehehe...makanya pengantin vogue kan... yang tak bestnya...masa amik gambar ngan pengantin, hubby telah buat spoil la plak..heheh...dia yg amik gambar aku ngan hana ni..tapi...tah apa yg dipicitnya aku pun tak tau. yang pasti gambar ku takde....aduh.....gambar yang ada....ni dia....







so buat pengantin...hana dan pasangan...selamat pengantin baru. semoga kekal ke akhirnya...

Sunday, August 2, 2009

Demam...demam..demam...

salam...

seminggu tak online. napa?...ahli umah aku diserang demam..bermula ngan aku, kimi then hubby...penatnya bila suma demam...yelah suma nak kan perhatian lebih. nasib baiklah aku cepat kebah..kimi seminggu tak g sekolah..demam panas..hubby plak seminggu gak MC coz batuk, demam n selsema...semalam coz risau ngan keadaan diaorang aku terus call adik aku yg keje kat wad kecemasan hospital tampin tuk buat blood test. alhamdulillah clear. tapi tu laa....still demam lagik...agaknya memang musim demam gamaknya..aku bukannya apa, cuma risau pasal Pendemik selsema babi tu..hari ni je dah 6 orang meninggal kan... so, agak risaulah gak...

haa...ni nak story satu citer yang agak membengangkan aku laa....citernya, hari khamis lepas aku bawak kimi n hubby yang nampak tak larat ke hospital putrajaya. Bahagian emergency laa...kitaorang g lepas maghrib. Biasalah kan..kena lalui kaunter saringan dulu...ok..fine...nak dapat saringan tu pun kena tunggu dalam sejam..takpelah...sabar... orang tak ramai mana pun gamaknya.. bila dipanggil tuk saringan, dalam bilik tu adalah sorang MA dan sorang nurse. soklan pertama dia, napa? aku pun cakaplah anak aku ni demam dah 4 hari, antibiotik dah abis makan still tak recover lagik... dia pun amik suhu,,,oo...38.5...nak tau MA tu cakap apa. Kak lain kali kalau demam jangan datang kat sini ye....ni hanya tuk emergency je.. aku dengar punya sakit telinga aku. Aku tanya laa...demam panas tak dikira emergency ke.. dia diam then cakap, lain kali akak g la bawak anak akak ke klinik..ooo....ooo..ooo..ni dah sampai tahap aku takleh terima.. nak2 dalam keadaan negara menghadapi satu penyakit berjangkit ni. So aku pun tanya, so, hospital ni hanya tuk orang dah separuh nak mati je ke...ops..terlebih sudah..tapi aku geram coz dia cakap cam org takde perasaaan... yelah orang lagi taknak g situ coz tau service mmg lambat, cuma aku nak pastikan takde simpton H1N1 tu kat family aku..tu je... hubby aku pun kena benda yang sama....amik suhu...38.7..terus MA tu suh balik.. besok g klinik katanya...aduh...sapa nak menjawab ni.. menteri kesihatan kata kalau sakit atau ada simpton terus g hospital....so?......

tapi alhamdulillah...hari ni kimi dah nampak ok skit..walaupun berat badan surut giler... besok maybe dah leh g sekolah kot...insyallah....

emm...dalam bengang2 ni...ada orang bagi hadiah plak.. hehehe.. actually MIL aku bagi bedsheet + comfoter..cantik gaklah bagi aku..dan smalam aku dapat satu lagik dari mak aku sendiri...benda yang sama...tapi gambar tak sempat nak amik...heheheh.. terima kasih daun keladi for both mak...:) :) :)