Tuesday, September 29, 2009

Kursus lagik....

salam...

rasanya mood raya masih menebal lagik...alih-alih dah kena g kursus. apa bleh buat. tuntutan keje kan... so bermula hari ni (selasa) sehinggalah jumaat nanti aku akan berkursus di Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson. Kursus apa? Kursus Orientasi Pengajaran Bagi Guru-Guru Baru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Aduh...panjangnya nama kursus ek...hehehe...

so bermakna bermula hari ni aku terpaksalah meninggalkan kimi ngan adik aku kat umah. Tak taulah samaada ct dibuat pekasam oleh kimi atau sebaliknya. hehehe.. sian kimi... ct, jaga anak aku bebaik....


Kursus - @ regency

Bertolak tadi dengan bas yang disediakan oleh pihak jabatan dari Jabatan @ jalan duta kira2 kul 1.30. Sempat lagik singgah di R&R Seremban. N sampai ke Port Dickson dalam kul 3.30 petang. Oklah. Tapi disebabkan aku dah lama tak naik bas, tetiba kepala aku pening yang teramat. Mabuk bas....heheheh... After check in, terus melepak coz takde program sehingga 8.30 malam. best gak sekali sekala lepak ni. aku dapat duk pent house. 8 orang dalam satu apartment n ada 4 bilik...oklah tempatnya. nak2 sea view kan...sungguh cantik.....



dan....hari ni aku dapat satu berita gembira. Aku jumpa kawan masa kat uum.
yangbestnya dia ni kawan kepada kawan rapat aku masa kat uum yang dah terlost contat sekian lama. so, kira cam jejak kasihan la plak ek...aduh....rindunya ngan kengkawan masa kat uum dulu. so, aku dah jumpa balik kawan aku, Noni (mek kelate) dan emy (budak sengal..... yang bestnya dua2nya duk area KL je....best2.....nanti leh jumpa...

gambar2 masa kursus...


kumpulan katan hijau.....


gambar semasa LDP....semangat tu..nama kumpulan aku...katak hijau...


(makan time.....)

Sunday, September 27, 2009

Raya...raya....raya...

salam....

alhamdulillah setelah seminggu merayakan diri.....akhirnya aku dah selamat sampai ke umah aku. memang terasa lama gak cuti raya kali ni. maun tak eee...sominggu bertapo kek umah..

Raya kali ni tetap sama cam raya2 sebelumnya. meriah dalam kesederhanaan (cam ayat2 artis plak...hehehe. Raya kali ni seperti yang dirancang, raya pertama di umah mak den @ kampung sungai layang ghombau... sumo ado. tapi yelah...apa yang istimewa raya ni coz leh berkumpul ramai2 n jumpa sedara mara yang memang jarang dapat jumpa kan.. cuma specialnya aku, aku dapat balik kampung dua2 belah, aku n suami, coz duduk satu negeri kan... emm...takde apa yang dapat menggambarkan kegembiraan...biarkan gambar yang menceritakan semuanya.....

Di pagi raya... tahun ni satu family pakai baju sama....tq izal n sofea yang sponsor baju raya pertama...hehehe














bermaaf-maafan...






adik-adik ku.....






emm....gitulah gelagat di pagi raya...ops...besok dah mula keje. Rindu plak rasanya nak jumpa murid2 aku yang nakal2 tu... selasa-jumaat ni aku kena g kursus kat regency port dickson. alahai...terpaksa tinggalkan kimi. nasib baik adik aku ct leh uruskan dia...

Wednesday, September 16, 2009

Cuti Khas...

Dalam tak sedar dah nak raya rupanya....emm..alhamdulillah persiapan raya hampir selesai. Yang masih tak selesai, puasa yang masih berbaki lagik ni.... Raya mana? actually aku n hubby duk satu negeri..negeri sembilan. So takde apa yang nak direbutkan..(ye ke....hehehe)Kg aku kat rembau...hubby plak kat nilai. Sejongka je.. so as usual penetapan dah dibuat oleh mohor besar..(aku lah tu). raya pertama umah mak aku @ ghombau.....yeye....jangan makan ati ek bang....

Emm...smalam, TPM dah ishtiharkan jumaat merupakan cuti khas bagi semua sekolah di malaysia.. so bermaksud...aku pun cuti laa....emm...lehlah kemas2 umah yang agak2 cam kapal nak karam tu ek...hehehehe...Cuti raya kali ni agak panjang....seminggu tu... tengah berpk2 ni..apa nak buat...

so, buat kawan2 yang terbaca blog ni, yang mengenali maupun tak mengenali...minta maaflah banyak2 kalau ada coretan yang mengguris (gamaknya....). Maaf zahir batin....

Saturday, September 12, 2009

Bonus Raya!!!!!

salam....

aduhai....seminggu dua ni rasa bzla sensangat diri aku ni...ke membzkan diri?....hehehe.. kedua2nya sekali laa... kebz'an' membuatkan aku tak sempat menjengahkan diri kat alam siber ni....



Dalam seminggu ni gak banyak sangat isu yang menghangatkan...dan antaranya isu bonus raya... bagi staf gomen, termasuk aku laa....sumanya pasti harapkan ada insentif raya dari kerajaan. Dan...alhamdulillah...ada seperti yang diharapkan...cuma....duit raya tu hanya tuk kakitangan sokongan sahaja. Dan ini membuatkan secara rasminya aku TAK MERASA la duit raya tu...ada sikit kiciwa la jugak... sebenarnya ada isu gak sebalik pemberian duit raya ni. Contohnya, staf sokongan ni banyak staf sokongan, katakan contohnya cikgu yg bergred DG32 yang dah lama bekerja, yang mana gaji asas pun dah cecah 3k ++. patutkah dpat duit raya ni???>.....bukanlah nak mempertikaikan keputusan kerajaan. Yelah sebagai pekerja, bonus + duit raya dan seumpamanya bukanlah hak pekerja.. tapi jika diberi, haruslah dikaji orang yang bakal memperolehinya... sekadar pandangan...ataupun lebih tepat, luahan orang yang tak dapat bonus..(hahahhahah)

Hari ni sempat g shopping kat JJ taman Equine. Bukan nak shopping sangat pun. Baju raya kimi suma dah settle sebenarnya tapi memandangkan adik aku CT bagi duit tuk beli baju raya kimi, tu yang g gak tu. Taklah ramai sangat orang kat situ..keadaan terkawal....Shopping tuk aku?...emm...kalau ikutkan hati, cam2 nak dibeli tuk diri sendiri. tapi .......ikut hati mati beb.....

Tuesday, September 1, 2009

Happy b'day abang.....

salam...

1/9 genap umur husband aku 33 tahun... ops..dah tuo rupo e ... memandangkan bulan puasa so, takdelah acara2 b'day party atau seumpamanya...heheheh..lagikpun dah tuo kan... alasann.... lama gak aku amik masa berpk-pk, apa lah agaknya barang yang sesuai tuk diberi kat dia...pk punya pk punya pk....haa....memandangkan aku ngk dompet dia dah nak lunyai + lama...so aku pun belikan yang baru laa.....merangkap hadiah b'day..

so buat abang...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...amin...