Wednesday, December 9, 2009

Jadual Pembayaran Gaji 2010- penjawat awam

salam..

cepatnya masa berlalu..dah 10/12 ek.. dalam aku bercuti sakan ni, sedar tak sedar tak lama lagik bermulalah kembali perjuangan....cam best je ayat perjuangan tu kan... emm..betul apa....perjuangan yang tak mungkin akan berakhir...membangunkan modal insan.... insyallah...

hari ni masih menjadik 'pengurus besar' @ rumah... pagi, hantar kimi g tuisyen, singgah kedai beli bahan2 tuk masak, balik umah masak2 then g jemput kimi balik.. emm.. rutin yang agak memenatkan sebenarnya.. ye ke?...heheh..taklah sangat cuma kalau tiap2 hari 365 hari dalam setahun kena buat keje yg sama mahu bosan tahap gaban rasanya.. i still have a few weeks to go.... hehhehe.. happy je sebenarnya leh rehat2 kat umah, cuma bila time nak pk nak masak apa tu...serabut jap otak aku ni.. yelah, aku ni bukanlah pandai na memasak... tu yg menu seakan sama je... leh migrain bila pk pasal menu ni.. nak beli plak...aduh, tak lalu la hari2 makan kat luar..hari ni, masak lauk kesukaan kimi... tomyam seafood + telur dadar + sambal belacan.. rasanya tahla....:) :)

emm...cam aku ckp kat atas, dah 10hb....ops...dah dekat dah tu...apa?..emm..dah dekat nak gaji..hehehhe..17/12 ni seluruh penjawat awam akan menerima gaji, awal dari biasa sempena krismas..yihaa...bermakna...time for shopping... emm..bab ni hubby aku tak berapa suka rasanya, coz dia slalu tanya penting ke tak....bila aku nak beli barang... emm.... tak best sungguh kalau kena jawab soklan tu.. bagi aku plak, suma yg aku tingin penting...penting bagi aku la... ops...sorry la abang ek.. nanti inda jawab kemudian soklan penting ke tak tu... beli dulu baru tau kepentingan nya ...isk..isk..isk..

cakap pasal duit ni...teringat pesanan sorang kawan melalui blognya.. nizar..dia ada publishedkan Jadual Pembayaran Gaji 2010 bagi penjawat awam..emm..so lehlah buat perancangan awal ek... so, aku pun amik inisiatif tuk publishedkan jugaklah..
peringatan tuk diri sendiri... jangan asyik nak shopping je... tapikan...pompuan ngan shopping mana leh dipisahkan...ibarat lagu dan irama...:) :)

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2010

Januari
25.01.2010 - Isnin

Februari
08.02.2010 - Isnin (Tahun Baru Cina 14 & 15.02.2010)

Mac
25.03.2010 - Khamis

April
22.04.2010 - Khamis

Mei
24.05.2010 - Isnin (Pesta Menuai 30 & 31.05.2010)

Jun
24.06.2010 - Khamis* (Hari Gawai 01 & 02.06.2010)

Julai
22.07.2010 - Khamis

Ogos
25.08.2010 - Rabu

September
23.09.2010 - Khamis (Hari Raya 10 & 11.09.2010)*

Oktober
25.10.2010 - Isnin

November
10.11.2010 - Rabu (Hari Raya Haji 17 & 18.11.2010)

Disember
20.12.2010 - Isnin (Hari Krismas 25.12.2010)


* Gaji bagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan.


Sumber daripada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.6 Tahun 2009



Hope leh dijadikan panduan....

No comments: