Monday, February 24, 2014

PBS....PBS...


Minggu ni nampaknya hangat ngan isu PBS... PBS ditangguhkan buat sementara waktu kata TPM. Berita yang disambut ngan pelbagai reaksi dari semua pihak...baik dari cikgu sampai la ke ibu bapa.. murid?... murid tak tau pape rasanya. mereka ni golongan yang hendak tak hendak kena mengikut apa saja dasar yang ditentukan.. sian ek... terpaksa jadik tikus putih, adus.. aku?... emm... sebagai warga pendidik yang dah mengharungi benda ni dari tahun 2011... macam2 perasaan ada dalam minda ni. sedih.. bahagia ...suka.. sumanya ada..ops...cam org bercinta plak ek.. isu pbs ni walaupun ada pelbagai pihak yang menuding jari kepada cikgu atas kegagalan sistem ni....bagi aku sukati lah org kat luar sana nak berkata. kalau nak diceritakan n nak diulas n nak di keluh kesahkan, rasanya seminggu pun tak abis nak diceritakan.. tapi aku tau..sejak seminggu ni ramai rakan guru yang mempunyai blog dah meluahkan rasa hati berkaitan pbs ni... cukup la tu. aku rasa ramai dah sedia maklum apa sebenarnya yang terjadi.

malam tadi dalam berita diumumkan yang pbs hanya ditangguhkan sementara dan akan disambung semula mulai april dengan satu sistem baru yang menjanjikan sistem yang lebih baik dan tidak membebankan pihak guru supaya guru dapat memberi tumpuan kepada proses pdp itu sendri.... emmm... think...think...think... semudah itu.. satu lagik keadaan yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.. hopefully taklah umpama tikus membaiki labu... aku cuma mengharapkan agar sistem pendidikan malaysia ni tidak terus dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan... tolong la pk keberkesanan sesuatu sistem sebelum nak dimulakan atau diubah...

kepada rakan2 cikgu yang sempat membaca bebelan ni, harap korang dapat bersabar k. teruskan niat murni n ikhlaskan hati.. kita lakukan yang terbaik untuk anak didik, insyallah segala usaha akan terbalas akhirnya... mode:...senyum....

No comments: