Friday, January 24, 2014

perubatan alternatif kg gangsa...

assalammualaikum...

actually skang ni jam dah pukul 3.47 ptg... lokasi... sk panglima adnan. huhuhu.. rutin hari jumaat. abis skul kul 12, balik umah.... masak2, bagi anak makan... then kul 2.30 ke sekolah balik hantar anak ke kelas kafa plak... adus.. lotih lak ghaso ee...tapi demi anak ek.... sempat gak menyambil2 menyiapkan kerja2 yang tak siap ni...

oklah entry kali ni nak citer skit pasal perubatan alternatif. korang peercaya x pasal perubatan alternatif ni.. yelah ada macam2 jenis sebenarnya. semenjak anak aku sakit ni.. macam2 perubatan alternatif yg aku cuba. selain perubatan moden. orang kata ikhtiar atau usaha kan... mencuba x salah rasanya. hari ni just nak share satu tempat perubatan alternatif ni. di suggest oleh my sil (doctor), katanya ada patience dia yg sakit batu karang pernah ke tempat ni dan alhamdulillah ngan kehendak allah, penyakitnya elok. so, aku rasa x salah rasanya mencuba kan... so selepas dapat no phone n alamat, plan dibuat tuk kesana. menurut sumber...cewah.,,, kena g awal coz org ramai. mula kul 6 (after suboh) hingga kul 2 jer... ops... so, one fine day, hari ahad, kul 4 pagi aku dah gerak dari umah mak aku kat rembau... ops..lupa nak bagi tau nama tempatnya. Kg gangsa, jalan durian tunggal, melaka. kalau ikutkan tak jauh mana pun dari rembau. mmg tak jaun.. dalam kul 4.45 lebih kurang aku dah sampai ke sign board kg gangsa. tapi mencari umahnya plak bermasalah coz kami mmg tak familiar ngan tempat tu.. dan kg gangsa tu sepanjang jalan.. huhuhuu... mmg sehari sebelum ada call pengamal perubatan alternatif tu. dia ada bg direction tapi cam blur je.. so kitaorg main redah je la... sampai kul 5 lebih masih tak jumpa. tanya seven eleven pun, budak tu tak tau.. huhuhu.. sudahnya husband aku kata, dah nak subuh ni...so berhenti kat masjid kg gangsa yg betul2 tepi jln. kebetulan ada sorg makcik nak g solat subuh lalu depan kitaorg then terus la kitaorg tanya, kenal tak pengamal perubatan tu n tau x umahnya. makcik yg baik hati tu pun terus bagi direction n alhamdulillah jumpa akhirnya....

sampai kat umah tu...ops... terkezut. kena amik nombor yer.. dan nombor yg aku dapat 63.... ngk jam, blum kul 6 lagik... org dah ramai.... aduhai... demi anak yg sorg ni..tunggu kan jugak... sempat tido balik dalam kete.. bangun...sarapan... then ngk jam baru kul 9.00... terus ke depan umah tu.. jangan tak percaya...siap ada nombor yg cam kat klinik tu.. siap ada kaunter ubat n kaunter daftar... siap ada cctv... orang plak....pelbagai bangsa ada...melayu, cina, india...semua lengkap... sementara menunggu sempat memerhati pelbagai kerenah manusia yg dtg.. yg tengah sakit sgt2 pun ada... tapi, kebanyakkannya ada batu karang.... dlm hati berkata2 jugak...fuyoo...kalah hospital camni...

sampai turn aku, aku pun masuk ke bilik rawatan.. jumpa lah pakcik tu... so humble orgnya. dia tanya apa masalah nya n aku citer la... then dia pun kata... ni kita usaha... dia sapu satu krim kat blakang anak aku kat tempat yg bermasalah..mata aku tak lepas memandang tangan dia coz tak nak aku was2 ngan apa yg dia buat... dua kali sapuan... then tetiba ada keluar batu dari tangan dia selepas dia sapu ke anak aku... ops... betul ke ni.... masih dalam termangu mangu.. then pakcik tu explain... maybe ini lah punca penyaakit anak aku slama ni.. but katanya... g lah buat ultra sound / scan dulu... kalau ok... datangla bagitau... ooo...ok.. kita berusaha kan.... bayarannya?.... seikhlas hati... cuma ubatnya dikenakan bayaran la....


so...tu antara pengalaman la... banyak gak tmpat2 lain yg aku g... just as usaha... perubatan moden tetap dibuat. hope sangat anak aku cepat sembuh...dan x yah buat operation....doakan la ek kawan2 yg terbaca entry ni....tq...

No comments: