Monday, May 19, 2014

Assalammualaikum...

Seminggu lagik nak cuti sekolah.. (masa yang ditunggu2....) tapi sebelum cuti of coz kenalah membz kan diri dulu menyetelkan segala macam kerja yang ada.... ditambah minggu ni minggu exam kat skul... masa bebudak xm, cikgu2nya syoklah coz x yah mengajar. tapi...lepas bebudak ni abis xm... sedialah menjawab kertas soklan yang bertimbun tu ek,,, heheh..


buat sume anak2 didik ku... gud luck for ur mid term xm...

Sunday, May 18, 2014

HAPPY B'DAY WAFIY...

assalammualaikum..

alhamdulillah... dalam sedar dan tidak rupanya dah setahun umur anak aku yang sorang ni.. keletahnya yang mencuit hati... terima kasih allah.. ko berikan lah kesihatan yang baik kepada anak kecil ini. happy bday wafiy...semoga membesar menjadik anak yg soleh.


ni plak gambar ngan hadiah....heheh...



Monday, March 10, 2014

Pray for MH370


Minggu ni Malaysia dikejutkan oleh satu trajedi yang masih tiada jawapan... kehilangan pesawat MH370. Dah masuk hari ke 4, tetapi tiada sebarang petunjuk diperolehi tuk mengesan dimana hilangnya pesawat tersebut. Pelbagai usaha nampaknya dijalankan tetapi masih menemui jalan buntu. nampaknya seluruh malaysia berdukacita ngan trajedi ini. pelbagai spekulasi juga timbul.. masing2 nak mengeluarkan kenyataan dan idea masing2... yang pasti semua spekulasi tu masih tidak terjawab kesahihannya.

aku as malaysian pun sangat2 berharap pesawat tersebut dapat dijumpai secepat mungkin... x kira apa keadaan nya sekali pun. as muslim kita patut terima segala qada' dan qadar allah... semua yang berlaku ada hikmahnya... hanya allah yang maha mengetahui segala sesuatu... sama2 lah kita berdoa tuk mh 370...

Reunion Semenda Batch '96


Hari ni nak story mory pasal reunion semenda batch '96. detailnya seperti di bawah (cam formal lak...)

Tarikh : 1 Mac 2014
Masa : 8.30 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Pantai Purnama, Port Dickson
Tema : Merah


Alhamduillah, program yang dirancang hampir 2 bulan kot berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Actually reunion ni diadakan tuk bekas2 murid SEK Men Datuk Abdullah (SEMENDA) Astana Raja, batch SPM 96. Setelah hampir 20 tahun tak berjumpa... riuh dan gamat jadiknya... macam2 citer rasanya kuar. walaupun tak ramai yg dapat join atas kekangan tertentu. Insyallah lain kali leh buat lagik. Jom tengok gambar sekitar majlis....


Tuesday, March 4, 2014


Kejapnya masa berlalu..pejam celik dah abis seminggu. Kadang2 kesibukan buatkan kita tak sedar masa berlalu... emmm lately ni cuaca panas sungguh. rasanya dah lama tak hujan. sampai kan negeri selangor dah umumkan pencatuan air berjadual, negeri sembilan masih ok lagik rasanya.. tapi cuaca yang cam ni mmg buat senang dapat penyakit. batuk..selsema ...demam.. so skang ni sedang control anak2 supaya kurangkan xtvt luar. tapi budak2 bukannya paham pun.. bagi diaorg main kat luar tu wajib.. seronok katanya.. bukannya dipk kan jerebu dan sebagainya.. alahai anak mama.. hope taklah memudaratkan...

emm...tu pasal anak2.. ni nak citer skit pasal anak2 didik plak.. nak tunjuk beberapa gambar yang sempat diambik masa ngaja. seronok sebenarnya bila ngk budak2 ni happy ngan apa yg kita plan tuk diaorg... meh ngk gambar..



ni actually gambar masa kelas BM tahun 3. ngaja kata nama khas bukan manusia.. contohnya sang arnab..sang kancil.. so suh la diorg buat topeng haiwan ni... baru enjoy skit ek...

Monday, February 24, 2014

PBS....PBS...


Minggu ni nampaknya hangat ngan isu PBS... PBS ditangguhkan buat sementara waktu kata TPM. Berita yang disambut ngan pelbagai reaksi dari semua pihak...baik dari cikgu sampai la ke ibu bapa.. murid?... murid tak tau pape rasanya. mereka ni golongan yang hendak tak hendak kena mengikut apa saja dasar yang ditentukan.. sian ek... terpaksa jadik tikus putih, adus.. aku?... emm... sebagai warga pendidik yang dah mengharungi benda ni dari tahun 2011... macam2 perasaan ada dalam minda ni. sedih.. bahagia ...suka.. sumanya ada..ops...cam org bercinta plak ek.. isu pbs ni walaupun ada pelbagai pihak yang menuding jari kepada cikgu atas kegagalan sistem ni....bagi aku sukati lah org kat luar sana nak berkata. kalau nak diceritakan n nak diulas n nak di keluh kesahkan, rasanya seminggu pun tak abis nak diceritakan.. tapi aku tau..sejak seminggu ni ramai rakan guru yang mempunyai blog dah meluahkan rasa hati berkaitan pbs ni... cukup la tu. aku rasa ramai dah sedia maklum apa sebenarnya yang terjadi.

malam tadi dalam berita diumumkan yang pbs hanya ditangguhkan sementara dan akan disambung semula mulai april dengan satu sistem baru yang menjanjikan sistem yang lebih baik dan tidak membebankan pihak guru supaya guru dapat memberi tumpuan kepada proses pdp itu sendri.... emmm... think...think...think... semudah itu.. satu lagik keadaan yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.. hopefully taklah umpama tikus membaiki labu... aku cuma mengharapkan agar sistem pendidikan malaysia ni tidak terus dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan... tolong la pk keberkesanan sesuatu sistem sebelum nak dimulakan atau diubah...

kepada rakan2 cikgu yang sempat membaca bebelan ni, harap korang dapat bersabar k. teruskan niat murni n ikhlaskan hati.. kita lakukan yang terbaik untuk anak didik, insyallah segala usaha akan terbalas akhirnya... mode:...senyum....

Tuesday, February 18, 2014

syahmie.....


Semoga semua berada dalam keadaan yang baik2 hendaknya. alhamdulillah aku masih diberi kesempatan dan kesihatan tuk terus menulis dalam blog ni... hari ni nak citer pasal anak yg kedua tu la..syahmie. smalam aku bawak dia ke hkl tuk check up as usual. tapi kali ni dari pagi sampai ptg coz pagi kena bawak dia buat ultra sound dan ptgnya plak jumpa pakar tuk baca result ultra sound..

ultra sound kali ni agak lama coz dibuat oleh specialist as requested.... dari apa yg diberitahu oleh specialist yg buat ultra sound tu masalah nya cam di bahagian bawah saluran kencingnya. 'maybe' ada block disitu.. coz bila ngk kat bahagian kidney it self cam takde prob kat situ... huhuhuu... ok... tapi bila aku citer yg syahmie ni ada hypertension n on medication, doctor yg buat ultra sound tu cam pelik...dia kata..masalah yg dia nampak kat bahagian kidney ni, cam tak sepatutnya menyebabkan masalah hypertension... emm.... nape ek?... but anak aku ada....

lepas abis buat ultra sound... ptgnya aku pun bawak result tadi tuk jumpa pakar urologi yg handle anak aku..miss susan. selain result ultra sound...result dtpa n dmsa pun ditgk... both kidney still function well kata dr... cuma yg jadi question kat sini why kidney nya bengkak.... ok...setelah dibincangkan..n kes ni dikira dah agak lama since anak umur setahun setengah n skang dah dapat hypertension. doc bagi aku satu suggestion... need to do procedure yg mana akan dimasukkan satu camera dalam saluran dari pundi kencing ke kidney..but that procedure memerlukan syahmie tuk amik general bius..tido...n buat kat ot room. miss susan ckp kalaulah masa buat procedure tu ada block yg dijumpai, dia akan terus on operation tuk cut bahagian yg block n tanam balik saluran tu.... emmm...cam takut je bunyiknya.. then doc tanya aku.. mak ok?..what to say doc....huhuhuhu.. so doc suh aku pilih tarikh tuk buat procedure tu n doc suh aku prepare tuk admit kalau la perlu buat operation anak kena admit for almost 1 week.... huhuhu.. nangis dalam hati...depan doc...senyum....